Innalillahi, Ibu Muda ini Meninggal Dalam Keadaan Tersenyum Setelah Melahirkan Bayi Kembar Tiga…

 


Pengorbanan seorang ibu tidak akan ternilai jika diukur. Malah, di sisi agama, Allah sangat memuliakan wanita yang berjuang untuk melahirkan buah hatinya. Baru- baru ini, seorang wanita daripada Medan, Indonesia telah meninggal dunia beberapa hari selepas dia selamat melahirkan anak kembar tiga.

Memetik laporan Tribun News, Rahmadina Nasution atau Dina Nasution dikatakan telah melahirkan ketiga-tiga bayi itu secara normal namun mengalami pendarahan selepas melahirkan. Ketua Kampung Suka Makmur, Syarif Nasution berkata, wanita itu meninggal di rumah suaminya, Heri.

“ Setelah dirujuk di hospital, Dina kemudian telah dibawa pulang ke rumah. Namun selepas 15 hari melahirkan, keadaan kesihatannya semakin merosot dan akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Saya difahamkan, Dina meninggalkan tiga bayi perempuan bernama Khila, Khira dan Khina,” katanya.

Semantara itu, menerusi laman Facebook suami Dina,Erick Ibrahimsyah Riswanto atau lebih dikenali sebagai Heri, dia melahirkan rasa sedih atas kehilangan isteri tersayang. Dia juga meminta maaf bagi pihak isterinya sekiranya dia ada membuat salah dan silap.

Heri turut memberitahu bahawa dia ada menerima banyak permintaan dari orang ramai yang berhasrat untuk menjadikan ketiga-tiga cahaya matanya sebagai anak angkat.

Namun dia terpaksa menolak  hasrat mereka kerana anak-anak itu merupakan hadiah terakhir daripada isterinya serta itu merupakan hadiah daripada Allah yang tidak ternilai harganya.

Kisah meruntun jiwa itu membuatkan netizen bersimpati atas pemergian isteri Heri dan berharap keluarga itu tabah menghadapi dugaan.

“ Ya Allah, satu nyawa dibawa pulang tapi tiga nyawa sebagai gantinya, maha besar Allah. Kalau mahu menjaga seorang anak, saya bersedia untuk menjaganya.”

“ Ya Allah, berilah kemudahan buat abang ini melalui harinya membesarkan buah hati tercintanya. Aamiin..”

Belum ada Komentar untuk "Innalillahi, Ibu Muda ini Meninggal Dalam Keadaan Tersenyum Setelah Melahirkan Bayi Kembar Tiga…"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel